Presiden jokowi di CAP angkuh oleh media malaysia
Sebuah media asal Malaysia,
Utusan menerbitkan tulisan
mengejutkan. Dalam Tajuk Rencana media tersebut mereka melabeli Presiden
RI Joko Widodo atau Jokowi sebagai sosok yang angkuh dan lebih memilih
pendekatan konfrontasi.
Tulisan berjudul 'Maaf Cakap Inilah
Jokowi' itu ditulis oleh asisten editor Utusan Ku Seman Ku Hussein.
Dalam tulisan itu Jokowi disebut angkuh karena ucapannya yang akan
menenggelamkan kapal ilegal dari Malaysia yang mencuri ikan di
Indonesia.
Utusan menulis, komentar Jokowi itu telah melanggar
semangat "bangsa serumpun" yang pernah digaungkan mantan Gubernur
Jakarta itu dalam hal hubungan Malaysia dan Indonesia.
Berikut isi lengkap tulisan utusan online yang mereka terbitkan pada 23 November 2014:
Tahniah
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi kerana meneruskan
pendekatan konfrontasi dengan Malaysia. Dalam keghairahan sesetengah
pihak di negara ini yang mendokong gagasan “bangsa serumpun” tetapi
Indonesia mengambil pendekatan bertentangan semangat serumpun.Khamis
lalu, Jokowi mencetuskan kontroversi apabila mengarahkan pihak berkuasa
maritim menenggelamkan semua bot nelayan Malaysia yang dilaporkan
ditahan kerana memasuki perairan negara itu. Bagi Jokowi, tindakan ini
akan memberikan kesan untuk mengurangkan pencerobohan oleh nelayan
Malaysia ke kawasan perairan negara itu.Arahan itu
menggambarkan Jokowi pemimpin yang sedikit angkuh dalam menguruskan isu
antara negara. Ini seolah-olah memperlihatkan Jokowi memilih pendekatan
konfrantasi, bertentangan dengan gambaran yang diberikan sebelum ini.
Tetapi tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Indonesia berbudaya dan
tatasusila tinggi.Pada masa yang sama elok ditelaah
semula frasa “ bangsa serumpun” dalam konteks yang lebih realistik
ketika ini supaya tidak kelihatan hanya Malaysia sahaja yang beriya-iya
sedangkan Indonesia sebaliknya. Lihat juga sejauh manakan relevannya
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di pihak
Malaysia yang mendokong gagasan “bangsa serumpun” ini.Arahan
Jokowi itu berikutan laporan oleh sebuah agensi berita antarabangsa
bahawa 200 nelayan Malaysia ditahan kerana menceroboh perairan negara
itu baru-baru ini. Pihak Maritin Malaysia bagaimanapun menafikan nelayan
Malaysia ditahan di Indonesia kerana tidak mendapat laporan tentang
penahanan itu.Utusan Malaysia Jumaat lalu melaporkan
Jokowi berkata, “Tidak perlu menahan mereka. Karamkan bot mereka.
Karamkan 10 hingga 20 bot. Itu membuatkan mereka berfikir.” Sementara
itu Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto dalam temu bual dengan Reuters
berkata, pencerobohan nelayan asing mengakibatkan Indonesia mengalami
kerugian AS$25 bilion setahun.“Kami harap tindakan itu
dapat memberi mesej kepada jiran kami seperti Malaysia bahawa tindakan
tersebut bukan satu tindakan biasa bagi kami,” kata Andi kepada Reuters.
Malaysia mesti memahami mesej ini dan mengambil serius yang menjurus
kepada ugutan ini. Kedua-dua lkenyataan itu mempunyai kaitan antara satu
dengan lain.Sama ada berita penahanan nelayan itu
benar atau sebaliknya, itu bukanlah isu. Yang menjadi isu ialah sikap
seorang pemimpin utama menangani isu pencerobohan perairan oleh nelayan,
bukan penjahat atau pendatang asing tanpa izin (sebenarnya pendatang
haram) seperti yang dialami oleh Malaysia. Adakah arahan kontroversi ini
bertujuan memberi ilham kepada pihak berkuasa Malaysia bertindak di
luar batas kemanusiaan dalam menangani pencerobohan pendatang tanpa izin
Indonesia ke negara ini?Tetapi minta maaf, pendekatan
orang Malaysia berbeza dan tidak akan melakukan sesuatu tindakan di luar
garis kemanusiaan waima untuk tujuan preventif. Untuk makluman,
pendatang tanpa izin Indonesia bukan sahaja terdiri daripada mereka yang
mahu mencari rezeki halal, tetapi juga yang membuat honar menggugatkan
ketenteraman di negara ini.Malaysia sepatutnya yang
berkonfrontasi kerana pendatang tanpa izin Indonesia menyumbang kepada
masalah sosial sekali gus merampas keamanan di negara ini.Jokowi
agak gopoh. Dia tidak menghayati memorandum persefahaman yang
ditandatangani oleh pemimpin sebelum ini terhadap Garis Panduan Bersama
Tentang Layanan Terhadap Nelayan oleh pihak maritim kedua-dua negara.
Antara isi garis panduannya, kedua-dua negara mencapai kesepakatan hanya
mengusir dan tidak menahan nelayan yang menceroboh perairan.
Menenggelamkan bot dalam kata lain memusnahkan harta benda nelayan tidak
ada dalam garis panduan berkenaan.HubunganSebenarnya
gagasan “menganyang Malaysia” oleh Sukarno kerana membantah kemerdekaan
negara ini tidak pernah berakhir. Walaupun hubungan kerajaan dengan
kerajaan kelihatan harmoni tetapi hakikatnya banyak pihak di Indonesia
sangat prejudis dengan Malaysia. Isu-isu remeh seperti menuduh “mencuri”
tarian tradisi negara itu menyemarakkan kemarahan rakyat hingga pejabat
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pernah dilemparkan najis. Ini satu
tindakan keterlaluan.Tetapi Indonesia tidak bertanya
kenapa tarian yang dikatakan dicuri itu berada di Malaysia? Bukankah
dikembangkan sendiri oleh orang Indonesia yang sudah menjadi rakyat
negara ini sejak lama dulu? Mereka menetap di sini untuk mencari
kehidupan yang lebih baik. Kesenian ini dikembangkan dan dimiliki oleh
orang asal Indonesia di Malaysia tetapi peliknya Malaysia digelar
Malingsia atau pencuri.Mengambil kesempatan di atas
semangat anti-Malaysia itu, Jokowi mungkin cuba mengalih tekanan yang
hadapi berhubung cadangan menaikkan harga minyak sebanyak 50 peratus.
Pengumuman itu mendapat bantahan hebat dalam kalangan rakyat terutama
yang berada di bawah paras kemiskinan. Ironinya mereka itu sebelum ini
menjulang Jokowi sebagai “wira rakyat” ketika berkempen dulu.Jokowi
berkira-kira, kalau harga minyak dinaikkan sebanyak 50 peratus dia
dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak AS$13 bilion (RM39
bilion) pada tahun depan. Kenaikan yang bakal dikenakan ialah 3,000
rupiah (80 sen) bagi setiap liter petrol. Harga petrol di Indonesia
sekarang ini ialah 6,000 rupiah (RM1.61) dan diesel 5,500 rupiah
(RM1.48) seliter.
- Walaupun Jokowi belum melaksanakan
pelan pengurangan defisit negara cara mudah itu, tetapi rakyat sudah
memberikan tekanan kepada pentadbirannya. Secara perbandingan, kenaikan
harga petrol sebanyak 20 sen seliter di Malaysia yang taraf ekonomi jauh
lebih tinggi berbanding Indonesia dianggap besar, bayangkan nilai 80
sen seliter di Indonesia?
Tetapi hakikatnya menaikkan
harga minyak bukan jalan mudah bagi Jokowi kerana dia tidak mempunyai
majoriti di Parlimen. Walaupun menaikkan harga minyak tidak memerlukan
kelulusan Parlimen tetapi dia akan berhadapan dengan tekanan.Sepatutnya
Jokowi tidak perlu mengalih tumpuan dan mengambil kesempatan di atas
sentimen anti Malaysia tetapi memberi perhatian kepada isu rakyat yang
berpendapatan rendah.Satu lagi yang perlu diketahui
tentang Jokowi ialah hubungan dengan Amerika Syarikat (AS). Semasa
berkempen dulu pernah tercetus isu bahawa Jokowi adalah proksi AS tetapi
dia menafikan. Bagaimanapun Duta AS di Indonesia, Robert Orris Blake
mengesahkan AS sedia menjalinkan kerjasama ketenteraan dan maritim pada
era Jokowi.Ini seolah-olah mengiyakan Presiden
Indonesia ini ada hubungan istimewa dengan AS kerana sejak 1991 Kongres
AS mengharamkan penjualan senjata kepada Indonesia berikutan isu Timor
Leste. Kini AS sanggup menyediakan sistem pertahanan dan pemantauan
berteknologi tinggi di perairan Indonesia termasuk Selat Melaka.Pada
era Jokowi, AS berpeluang meluaskan penguasaannya di sebelah sini
selepas mempunyai pangkalan di Korea Selatan dan Jepun. Ini mungkin
mencetuskan konflik dari sudut geopolitik negara yang berjiran dengan
Indonesia. Ini suatu yang tidak begitu "sihat" sebenarnya.